12 Apr 2011

Nota Ekspres TINGKATAN 4

BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN

 

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK


KEPERLUAN
KEHENDAK
  • Mesti dipenuhi untuk terus hidup
Makanan,Pakaian, Rumah
  • Untuk hidup dengan lebih selesa
Kereta, tilam,TV
  • Sama untuk semua orang
  • Berbeza ikut taraf hidup
  • Tuntutan semulajadi
  • Dari pengalaman
  • Mudah dipuaskan
  • Tidak terhad
  • Mengikut peringkat -Maslow
  • Tiada keutamaan





                                                                                      
  1. Keperluan Fisiologi
Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
    1. Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
    2. Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal

  1. Keperluan Sosial
Ada 2 keperluan pada tahap ini.
    1. Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
    2. Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan

  1. Keperluan Rohani
Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
Juga dipanggil sempurna kendiri

PENGELUARAN

Pengeluaran – aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi keperluan dan 

                          kehendak

                     -      proses mencipta nilai faedah


NILAI FAEDAH
  • Nilai Faedah Bentuk
- Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
  • Nilai Faedah Masa
- Menyimpan barang hingga diperlukan
  • Nilai Faedah Milikan
- Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
  • Nilai Faedah Tempat
- Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan

JENIS PENGELUARAN
Pengeluaran Langsung – sara diri
Pengeluaran tak langsung  - perlu bantuan pihak lain

CABANG PENGELUARAN
  • Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
  • Perdagangan
  • Khidmat Langsung

FAKTOR PENGELUARAN
  • Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
  • Buruh – usaha manusia  secara fizikal/mental
  • Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
  • Modal – Harta benda,sumber kewangan

 

USAHAWAN

Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.


CIRI USAHAWAN:

1.    Kreatif – berupaya mencipta
2.    Inovatif – boleh mengubah suai
3.    Berani menghadapi risiko
4.    Berkebolehan mengurus
5.    Rajin
6.    Yakin
7.    Berjimat
8.    Tabah
9.    Berusaha
10. Bertanggung jawab
11. Berpandangan jauh
12. Bijak merebut peluang
13. Membuat keputusan yang bijak


BEZA PENIAGA DAN USAHAWAN


PENIAGA
USAHAWAN
  • Menjalankan aktiviti jual beli sahaja
  • Melipiti penciptaan dan pengubahsuaian barang
  • Matlamat untuk untung sahaja
  • Sebahagian untung disalur kepada masyarakat
  • Memenuhi keperluan pelanggan setempat sahaja
  • Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan pasaran yang lebih luas.

                                                                                      

No comments:

Post a Comment